Tips Kurus Dengan Cepat

Betul ke ada tips untuk cepat cepat kurus ? A few tips here yang Pika nak share inshaaAllah boleh membantu mereka yang nak dapatkan berat idaman dalam masa yang pantas .

FAHAMI BAGAIMANA BADAN KITA BERFUNGSI

Pika tertarik sangat dengan sharing coach Hani tau, dimana beliau dah berjaya hilang 24 kg hasil diet yang konsisten. Dari size XXL jadi size M ya.

Gambar**

Satu perkara yang coach Hani kongsikan ialah

Kita kena faham badan kita berfungsi. Kena tahu, 10% kalori dibakar dengan exercise, selebihnya dibakar melalui metabolisma badan atau aktiviti dalam badan kita sendiri

Hah maksudnya apa ? Maksudnya kalau betul kita nak start turunkan berat badan dengan BERKESAN dan PANTAS, kita kena ketahui bagaimana cara untuk meningkatkan metabolisma badan! Fuhhh. Tak sangka rupanya ada je cara nak cepat kurus kan?

HACKS PENTING NAIKKAN METABOLISMA BADAN

Metabolisma ini merujuk kepada semua proses kimia yang terjadi dalam badan kita. Seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses penggunaan tenaga oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan sebagainya.

Semakin tinggi metabolisma, semakin banyak pembakaran lemak / penggunaan tenaga yang disimpan, walaupun kita hanya berdiri / duduk sahaja
So bayangkan, sambil berdiri atau duduk pun boleh terus bakar lemak lebihan. Power kan?

#1 MAKAN PROTIN YANG BANYAK DALAM SETIAP HIDANGAN

Kalau nak kurus kena makan protin banyak 🙏🏻

Cliche kan? Tapi korang kena faham kenapa protin boleh bantu naikkan metabolisma dengan sangat berkesan. Protin sebenarnya mempunyai thermic effect of food (TEF) yang tertinggi berbanding karbohidrat dan juga lemak

TEF ini adalah jumlah kalori yang diperlukan untuk membakar makanan yang kita makan. So bila kata protin ada TEF tertinggi, maksudnya, setiap kali badan kita ambil protin yang banyak, lebih banyak kalori badan kita digunakan untuk memecahkan makanan dan nutrien dari protin tadi.

Secara tak langsung, sambil makan pun boleh bakar kalori? Nak lagi cepat bakar, ambil sekali sayuran bersama protin yang tinggi. Lagi tinggi jumlah TEF, lagi banyak kalori badan yang boleh dibakar.

#2 MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA

Juga satu tips yang kita dengar berulang kali tanpa gagal bila masuk tips — Nak Kurus. Kenapa kena minum air kosong secukupnya?

Kerana kita nak mengelakkan pengambilan air manis yang mempunyai kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi. Ada juga kajian yang dibuat, pengambilan air secukupnya mampu meningkatkan metabolisma badan sebanyak 30% dalam tempoh masa 1 jam!

Extra tips : ambil air segelas setengah jam sebelum makan akan membuatkan kita rasa kenyang dan secara tidak langsung kita mampu untuk mengurangkan portion makanan sebab perut telah diisi !

#3 BERDIRI DENGAN LEBIH KERAP

Percaya atau tak, mereka yang kerjanyaaa asyik duduk sahaja boleh menyebabkan metabolisma terganggu dan menjadi rendah dari biasa - seterusnya menyebabkan masalah naik berat badan.

Mereka yang berkerja di office boleh take note ya tips ini.

➖ Ambil sedikit masa untuk berdiri diantara masa waktu berkerja. Maksudnya bukan direct 4-5 jam melekat di meja kerja sahaja

➖ Rehat 10-15 minit untuk berjalan sekejap, turun naik tangga atau berulang alik dari point A ke point B pun sudah memadai

➖ Beli standing desk ! Ada juga ya meja untuk berkerja, tetapi tak perlu duduk. Kalau anda perlukannya untuk turunkan berat badan anda, mungkin boleh pertimbangkan dulu!

#4 BUAT LATIHAN ANGKAT BERAT

Percaya atau tidak — mengangkat benda berat / latihan angkat berat sebenarnya membakar lebih banyak kalori , mempertingkatkan metabolisma walaupun anda sedang berehat !

Untuk mereka yang tengah target nak kurus , latihan angkat berat sebenarnya boleh mencantikkan badan anda ( toning ) dan secara tidak langsung melawan kejatuhan metabolisma ketika dalam proses penurunan berat badan

Ada juga kajian yang menunjukkan — resistance training adalah lebih efektif dalam menurunkan peratus lemak dalam badan, serta menurunkan lemak di perut berbanding dengan mereka yang tidak membuat apa apa training.

#5 TIDUR YANG MENCUKUPI

Kenapa ya tidur yang mencukupi itu penting untuk tubuh ?

Ketika tidur , badan kita mengambil masa untuk reset dan rehat secara total . Ianya baik untuk tubuh supaya tubuh kita lebih alert , organ organ & sistem penting boleh berehat setelah berkerja sepanjang hari .

Salah satu kesan tak cukup tidur / tiada tidur yang berkualiti boleh merendahkan metabolisma dan mengganggu fungsi tubuh yang optimum .

Nak turunkan berat badan ?

✅ Check your beauty sleep !

Antara hacks yang lain :

#6 Minum Kaffeine
#7 Minum Green Tea
#8 Makan Makanan Pedas
#9 Buat High Intensity Workout

Rupanya tak perlu pun kan exercise sampaikan 2-3 jam sehari. Cukup kita hacks badan kita dengan 9 perkara ni, inshaaAllah boleh sangat sangat nak dapat kurus dengan cepat 🔥

Bila metabolisma badan dah tinggi, mudah sangat nak pecahkan lemak lemak yang dah lama bersarang dalam badan kita tu 😆

#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePuncakAlam
#ShakleeBandarTasikPuteri
#ShakleeAlamMegah
#ShakleePutraHeight
#ShakleeUSJ
#ShakleeBandarSunway
#ShakleeKotaKemuning
#ShakleeShahAlam
#SetKecantikanShaklee
#SetKurusShaklee
#SetHamilShaklee
#SetDetoxShaklee
#SetResdungShaklee
#SetRahmahShaklee
#SetPantangShaklee
#SetMenyusuShaklee
#SetJerawatShaklee
#VIVIXShaklee
#RESVShaklee
#ESPShaklee
#VitaminCShaklee
#CollagenPowderShaklee
 

Comments

Popular Posts