Wajib Baca Keburukan Intermittent Fasting



Assalamualaikum & hye semua !

Terkejut kan bila baca tajuk. Keburukan intermittent fasting! Sejujurnya bila Pika nak tulis entry ni pun rasa terkejut, sebab Pika sendiri pun memang buat intermittent fasting secara berkala.

So dekat sini Pika nak bagitahu — bila kita buat intermittent fasting ni sebenarnya ada 3 keburukan ya! Tapi sebelum tu, korang baca dulu apa itu IF.

APA MAKSUD INTERMITTENT FASTING ?


IF sangat terkenal ya untuk mereka yang nak dapatkan berat badan ideal, yang nak turunkan berat badan dan sebagainya. Sebabnya, konsep IF ini memerlukan kita untuk PUASA DARI MAKAN dalam beberapa tempoh tertentu.

Hanya boleh minum air atau kopi o kosong tanpa gula kerana keduanya mengandungi SIFAR KALORI !

CARA UNTUK BUAT IF


Dalam IF, kita ada 2 jenis window yang kita boleh follow secara mudah sahaja.

Eating Window — tempoh yang kita dibenarkan makan
Fasting Window — tempoh kita tak dibenarkan untuk makan

Dan ada timeline yang kita boleh follow tau. Serendah 12 jam pun boleh untuk fasting window. Boleh tengok dekat bawah ni untuk cara pengamalan IF

▫️16 JAM : 8 JAM
Konsep IF yang paling popular dimana ia memerlukan kita untuk PUASA MAKAN selama 16 jam dan makan secukupnya dalam tempoh yang berbaki 8 jam

▫️24 JAM
Konsep IF sepanjang 24 jam — mungkin boleh dilakukan 1-2x seminggu. Minum air dibenarkan ya! Makan saja yang tak boleh.

▫️5 : 2
Konsep 5 hari : 2 hari. 5 hari seminggu anda dibenarkan makan seperti biasa, tapi 2 hari berbaki hanya ambil 500 ke 600 kalori sahaja dalam sehari

▫️Lain lain
Untuk mereka yang baru berjinak jinak dengan IF, boleh mula dengan 12 jam fasting window terlebih dahulu. Atau ikut mana mana trend yang sesuai dengan badan anda.

KENAPA RAMAI ORANG BUAT IF ?


Jawapan paling simple — adalah untuk dapat effect autophagy. Tapi sebenarnya ramai sangat yang amalkan IF tapi tanpa knowledge dan teknik yang betul, sehinggakan tak aware tentang keburukan intermittent fasting nih 🥲

Autophagy ni apa pula? Ok nanti kita ulas lebih lanjut.

Kalau korang nak tahu, puasa cara orang islam— dalam tempoh 12 jam sahaja kita dah boleh dapat effect autophagy, nak dibandingkan dengan IF.

Untuk mencapai tahap autophagy, kita perlu IF selama 72 jam! Rupanya ada kebaikannya ya Allah suruh umat islam berpuasa kan? 😇

APA KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING ?


Baru baru ni Pika dengar perkongsian dari Dr Redza, seorang saintis lulusan Harvard University yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang Nutrigenomics — beliau berkongsi, ada 3 keburukan Intermittent Fasting iaitu :

✅ HIPOGLIKEMIK

Untuk orang yang baru saja nak amalkan IF dalam kehidupan mereka, mereka mungkin akan terdedah dengan hipoglikemik, atau keadaan dimana kadar gula mereka berada di paras yang sangat rendah.

Apa kesan gula dalam badan rendah ?

Mereka akan mudah untuk mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening dan juga mual.

“Ketika anda tidak makan, tubuh akan membakar glikogen ( iaitu glukosa yang disimpan ) pada hati dan otot, kemudian ia akan mula membakar lemak.”

Tapi jangan risau, keadaan ini tidak berlarutan. Lama lama badan akan mampu untuk adapt dengan norma baharu yang kita kenalkan pada tubuh kita.

KOLAGEN DALAM BADAN AKAN MULA MEROSOT


Benda ni yang paling mengejutkan. Berpuasa boleh buat kolagen dalam badan merosot. Ini bukan auta, ini fakta! Bila badan kita dalam keadaan autophagy, kemerosotan collagen akan berlaku!

Autophagy dalam tempoh jangka masa yang panjang dijangka akan mengurangkan 90% type 1 collagen. 

Jadinya, penting untuk mereka yang nak mula berpuasa & nak mula buat IF untuk sediakan sumber collagen tambahan untuk tambah balik mana yang perlu.



 KURANG NUTRISI


Macam common kan? Kebanyakan mereka yang melakukan IF kurang kesedaran mengenai micro dan macro nutrien yang badan kita perlukan untuk berfungsi dengan baik.

Makanya — terjadi masalah kurang nutrisi!

Tapi kembali kepada soalan utama, kenapa orang nak sangat kesan autophagy ni? 😊

APA ITU AUTOPHAGY


Proses autophagy ini telah ditemui oleh Molecular Biologist Jepun iaitu Prof. Dr. Yoshinori Ohsumi. Beliau merupakan pemenang hadiah Nobel 2016 melalui penyelidikan ulungnya ‘Mechanism of Autophagy’. Melalui penemuan beliau, ramai orang membuka mata akan kepentingan dan kebaikan berpuasa tau!

Kajian ini mendapati bahawa apabila sel didalam badan kita berada dalam keadaan kelaparan (starvation) dengan keadaan persekitaran yang rendah nutrisi melebihi 16 jam, proses autophagy ini akan diaktifkan.

Didalam proses autophagy ini, sel-sel dalam badan yang telah rosak akan dijana semula melalui proses pemusnahan, penyingkiran, kitaran semula sel-sel tua dan rosak membentuk sel baru yang lebih sihat. Secara tak langsung, proses ini turut membantu untuk sel kita menghasilkan lebih banyak tenaga.


MANFAAT DAN KEBAIKAN AUTOPHAGY .


▫️ Menurunkan risiko kanser dan diabetes type2
▫️ Meningkatkan fungsi otak
▫️ Mencegah keparahan penyakin neurodegeneratif
▫️ Membantu menurunkan berat badan
▫️ Membantu meningkatkan kesihatan jantung
▫️ Meningkatkan proses penghasilan tenaga
▫️ Bantu kita lebih awet muda
▫️ Bantu mengurangkan keradangan
▫️ Bantu singkirkan patogen jahat dalam badan

Best kan? Umpama kita tekan button reset, auto semua sel sel akan tukar jadi baru! 😆 

ADA CARA LAIN UNTUK HACK AUTOPHAGY


Dr Redza turut kongsikan dengan kami semua, sebenarnya ada cara untuk hack proses autophagy ini. Iaitu dengan pengambilan makanan dan supplements yang terbaik !

➖Resveratrol ( sejenis polifenol )
➖Astaxantin ( sejenis polifenol )
➖Berberine
➖Citrus
➖Bergamot
➖Turmeric

SUPPLEMENTS SHAKLEE YANG RECOMMENDED !


Beliau turut highlight supplements terbaik iaitu 3 PRODUK SHAKLEE yang kaya dengan POLIFENOL yang boleh membantu hack proses autophagy ini iaitu —

➖COQ TROL
➖RESV
➖VIVIX


Bila Pika sendiri dah fahamkan semua ni, lagi semangat nak terus puasa penuh! Rupanya ada sebab kenapa Allah gariskan puasa kepada kita kan?

Bukan setakat untuk kita menghayati kehidupan orang orang yang kurang beruntung daripada kita dan ajarkan kota untuk rasa lebih bersyukur, tetapi juga untuk berikan peluang kepada badan kita untuk RESET dan lahirkan sel sel baru yang lebih sihat dan baik.

Supaya kita pun lebih merasa sihat, dan merasa semangat untuk jalani hari hari yang mendatang 💖

Link bacaan untuk refer mengenai autophagy :

➖VIVIX
➖COQTROL
➖RESV

Kalau ada sesiapa yang nak dapatkan Set Puasa Shaklee, Set Intermittent Fasting Shaklee, VIVIX Shaklee, COQ Trol Shaklee boleh tekan gambar dekat bawah untuk direct whatsapp Pika




Semoga yang baik baik sahaja untuk kita semua Ramadhan tahun ini ameen! 

Comments

  1. Bahaya juga keburukan IF ni. Kena tahu selidik betul2 apa yang kita akan buat. Naya jadinya nak kurus tapi kulit jadi kendur plak kan. Terima kasih info sahabat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts