18 Tips Kalau Korang Nak ke Lombok !

Assalamualaikum semua.

Actually haritu Pika and husband baru je vacation di Lombok. Saja nak try ke Indo since ni lah our first honeymoon overseas. So inshaaAllah dalam entri ni, Pika nak share sikit tips kat korang yang nak ke Lombok tu plus our iterinary sikit eh.




Ngeh ngeh ngeh.

Ni based on pengalaman kami tau. Mungkin berbeza dari pengalaman orang lain kan.

1. Nak tiket flight murah sila grab masa promo. Kitorang dapat flight ticket half price air asia masa promo 2017. Dari RM 560 / pax dapat RM 265 camtu kot. Nice la tu kan.

2. Study iterinary bebetul. Ada banyak iterinary berbeza, so makesure korang pilih yang paling sesuai dengan trip korang. Samada honeymoon ke group travel ke. Ikutlah mana mana.

3. Tolong BOOK SUPIR bila dah confirm iterinary. Kitorang ingat bolehla nak sewa kereta etc kononnya kat Lombok. Tapi jalan dia fuh mencabar. Sebab jalan dia mostly 1 lane kiri dan kanan, paling laju pun 60km/h. Banyak kelebihan bila book supir ni. Antaranya:

  • Tak perlu serabut serabut dah nak fikir bila sampai lombok sebab dia akan terus pickup korang kat airport
  • Untung dapat supir friendly banyak benda dia akan rekemen kat korang
  • Boleh minta few tips dari dia. Kitorang pun banyak belajar dari supir mana dos and donts
  • Tak penat dan tak stress
  • Flexible, ikut korang. Letsay iterinary asal dah tersasar, dia okay je.
Kalau nak tahu supir kat sana mostly pakai toyota avanza tau. So memang comfortable gila. Kitorang dapat supir untuk 4 hari 3 malam for 1.6 juta IDR ( RM 470 ). So kalau group travel, boleh la dapat purata lebih rendah kan.

Korang boleh contact Pak Brahim (+6285205408969) ni sebab dia dah almost 9 years jadi tour guide lombok. Nak sewa van ke bas ke atau private boat ke gili trawangan ke semua dia boleh uruskan. Yang penting dia friendly gila!

3. Kalau singgah ke Sasak Village, kat situ nanti korang akan tengok rumah asli orang lombok. Memang rumah warisan dari generasi ke generasi tok nenek moyang dorang. Kalau boleh jangan shopping sangat sebab harga dia sedikit melampau, markup tinggi.

Hehe kalaupun rasa macam nak menyumbang sikit kat masyarakat kampung, korang boleh bagi donation kat pintu masuk, and boleh jugak bagi pada tour guide korang dalam kampung tu.




They say ni Pokok Cinta kot. Sebab sebelum lelaki Lombok larikan girlfriend dia, dorang akan janji untuk jumpa kat sini. As you guys can see, atap dia pakai nipah je. Lantai rumah memang tanah je.

Ni tour guide kitorang kat Sasak Village and view depan kampung dia.


4. Jangan pelik bila berhenti je ramai orang akan datang kerumun korang untuk beli itu ini. Sebab mereka memang macamtu, kebanyakan orang lombok susah. Even masa kami ke Tanjung Aan, kan kena panjat bukit sebab nak tengok view cantik kan, ada budak budak tu yang sanggup je follow kitorang sampai naik atas.

Ada yang siap offer nak ambilkan gambar and kiranya macam nak kitorang upah dia ambil gambar.


Punya la cantik Tanjung Aan ni macam kat negara sejuk. Tapi tetap panas lit lit haha.




5. Kalau jenis yang tak tahan pedas tu, better standby sikit makanan on the go. Macam pika, makan pedas sampai perut panas je. Macam nak mengamuk je sebab tak selesa huhu.

Menyesal tak bawak maggi ke apa apa. Cravings jugak makanan Malaysia kat sana. Huwah!

6. Cash? Kalau boleh korang allocate sesiap.
Bayar supir + bayar hotel + bayar makan. Kitorang standby almost 4 juta IDR ( RM 1,200 ) lepastu macam tersasar jugak, banyak spent kat makan.

Tapi actually lombok ni quite maju dah. Banyak kedai korang boleh swipe je. So pepandai lah. Tapi kalau untuk hotel tu baik bayar guna CC je. Kalau tak kena pulak bawak duit banyak banyak. Bila nampak duit banyak kadang kadang rambang mata semua benda nak beli.

7. Siapa ada plan nak tengok Tiu Kelep Waterfall tu ? Dengar cerita view cantik. Tapi kitorang tak sempat sampai sebenarnya. Hujan selebat lebatnya. Dengan perut panas dan tak selesa, pika pun request untuk patah balik. Perjalanan nak naik ke waterfall tu dalam sejam tau. So total berjalan kaki nak ke waterfall pergi balik is 2 jam.

Kalau boleh korang check jugak cuaca eh. Sebab duit dia takkan refund tau once korang dah bayar untuk tour guide ke waterfall tu.


Hujan lebat

Muka husband sis frust je sebab tak dapat pergi waterfall tu
Ni laaa Tiu Kelep tu.


Kitorang bayar 350 K IDR ( RM 104 ) untuk 2 orang. Ni untuk panjat sehingga ke 2nd waterfall je tau. Dia ada jugak pakej bermalam ke Gunung Rinjani etc tu. Sebab nak ke puncak rinjani je 7 jam by walking and lalu forest terrace tu.

Tapi trip tu dalam RM 1k sorang kot for 5 days rasanya. Tak pasti sangat. Korang boleh try cari kat FB untuk pakej rinjani ni.

8. Kalau rasa harga tak masuk akal, korang boleh je nego lagi. Memang tradisi orang lombok gitu. Even ngan Pak Brahim pun pika tawar menawar.

Asalnya dia bagi 1.8 juta IDR untuk 4 hari ( RM 536 ).
Nego dapat 1.6 juta IDR. Ok la tu kan?

Jangan lupa nego tau. Heheheh. Tapi kalau korang masuk kedai ke apa ke yang dah siap key in sku number tu takyah la nego.

9. The best place untuk shopping shirt + souvenir + kuih muih lombok ?
SASAKU.

Korang cakap ngan supir, korang nak shopping kat sini je.
Jangan pergi tempat lain. Mahaiiiii.

10. Mutiara Lombok yang murah ?
Dirman Pearls Lombok. 
korang beli, korang akan dapat certifcate jugak tau.

If pearls rosak ke apa, boleh tukar with new one.
Asalkan bawak je cert tu. Senang kan?

11. Kalau the next day korang nak pergi visit waterfall, sila bermalam di Senggigi. Jangan bermalam di Mataram ya. Ala kalau boleh tidur kat Senggigi je. ( Sebab hotel kat sana mostly cantik cantik sangat! )

Sebab driving dari
Mataram - kaki gunung rinjani : 3 jam
Senggigi - kaki gunung : 2 jam

Nanti korang kena extra charge pulak dengan supir. Alert ya bab ni. Kalau confuse boleh refer supir balik.

12. Kalau boleh, book hotel dengan booking.com. So any cancellation last minute pun takde charge. Hehehe ( dah banyak kali buat sebab a genius member )

Hotel kitorang book last minute tau. Kat Svarga Senggigi.
Rezeki honeymoon kot dapat FREE UPGRADE room with private pool.
Ok la tu mungkin Allah bagi ganti sebab tak sampai Tiu Kelep kan.


Hotel 4 bintang kat sini cantik sangat.
Harga start dari RM 240 / night. Bilik kitorang upgrade dapat RM 320 / night.








13. Its true that lombok ialah pulau seribu masjid. But i honestly suggest, kalau boleh, sila selesaikan urusan korang sebelum keluar.

Urusan tandas + solat jamak siap siap atau kalau tak sempat sangat jamak takhir je kat hotel. Sebab pika memang tak boleh masuk tandas kat sana. Huhuhuhuhu ( fikir fikirkan )

14. Ada planning nak ke The Gili's tak ?

If korang pergi ramai ramai, better naik private boat dari Bangsal tu. Sebab untuk return trip, cuma 700 K IDR je. ( RM 210 ). Bila bila masa pergi, bila bila masa balik ( sebelum gelap ). Flexible ikut masa kita.

Kalau naik public boat, kena tunggu giliran and tunggu pulak time boat untuk pickup.

15. Untuk mereka yang sukakan ketenangan, Gili Trawangan bukan untuk anda huhu. Gili Trawangan penuh foreigners yang berjemur tau ( matshalleh ). Kalau nak tenang, boleh singgah Gili Meno.






Ataupun korang boleh spent 1 hari dekat Gili, and then petang tu balik ke Senggigi. Sebab for me Senggigi lagi best.

16. Seafood kat sana sangat fresh and sedap tau.
Harga berbaloi la dengan keenakan lauk pauk tu kan.

Seafood je la yang pika boleh makan.
Yang lain takleh telan.
First night makan seafood habis RM 90.
Second night dalam RM 135 macam tu. Serius sedap.

Mana nak tahu port best?
Bagitahu je supir korang nak makan seafood fresh. Terus dia bawak korang.

17. Kalau korang nak makan buah murah, kat Lombok la tempatnya.
Macam masa kitorang datang tu, dapat pulak musim durian dan rambutan.

Rezekiiii sangat sebab durian dia RM 5 je duit kita!
Laki sis telan 5 biji durian ok. Kat Malaysia tak dapat durian sebiji RM 5.
Tapi pika makan manggis 2 kg kah kah, sebab sedap and murah. Kita melantak laaa.




18. Iterinari kat Mataram memang akan ke pantai je seharian. Sebab mataram banyak pantai lawa. Selain tu korang boleh la cuba makanan lombok yang asli pedas gila contoh : Ayam Taliwang. Sis makan ssampai menangis.

soooooo, rasanya sampai sini je kot tips untuk Lombok ni. Hahaha. Kitorang tak bentang budget sebab kitorang bukan travel bajet. Ter over bajet lagi adalahhh.
Lagi satu, jangan takut sebab kalau pergi Lombok takde nye orang nak culik korang tu. Hahaha.

Sebab tradisi lelaki Lombok hanya akan melarikan gadis yang dia cinta je, dan gadis tu wajib jugak lari atas keleraan sendiri bukan sebab paksaan. Unless kalau korang rela je la ikut lari sekali :P

jadi untuk yang nak tanya apa apa soalan boleh je drop soalan kat komen kat bawah. Nanti pika jawab inshaaAllah.

Thankyou sebab baca sampai habis.

InshaaAllah doakan lepas ni Pika and hubby ke Umrah pulak yer.
Thankyou korang :D


Comments

Popular Posts