5 Tips Ubah : Gaya Hidup Lebih Sihat



Assalamualaikum & haaaai semua !


Lama dah Pika tak menulis dekat sini kan ? Okay entry kalini Pika nak kongsi sikit mengenai amalan gaya hidup sihat . Apa yang Pika perasan kan , zaman sekarang ni makanan dekat Malaysia ni ya Allah bukan main sedap dan bukan main variety lagi . Kalau korang perasan


Menu Sarapan di Malaysia


▪️ Nasi Lemak Pelbagai Lauk

▪️ Kuih Muih

▪️ Roti Canai

▪️ Goreng gorengan

▪️ Nasi Kerabu

▪️ Aneka Nasi Dagang

▪️ dan list tu goes on and on ..


Lunch pula , buka apps FOODPANDA , GRAB , semua ada dihujung jari ! 😂 Begitu mencabar kan ? Dalam tu semua jenis makanan ada ! Kita tinggal pilih dan bayar sahaja .


Bukan setakat makanan melayu , ada makanan korea makanan jepun makanan timur tengah , belum termasuk variety dessert dan snek tambahan ( terutamanya mereka yang kerja di office ) . Sekejap sekejap rasa lapar kan ? Fuhhhhh !


Tapi yang tak syoknya , amalan hidup beginilah yang menyebabkan masalah kesihatan yang tidak terduga dalam tempoh jangka masa panjang . Jangka masa pendek kita boleh lihat kesan ketara


 Pemakanan tak seimbang

 Berat naik mendadak

 Badan mudah terasa lesu

 Lambakan kalori setiap hari

 Masalah pembaziran wang !


Okay so dekat sini Pika nak share few simple tips yang semua orang boleh ikut untuk dapat GAYA HIDUP SIHAT ! kita kata beginner style lah nii 😆


  1. KESEDARAN KALORI 


Tips pertama sangat penting untuk mereka yang nak elak berat badan naik mendadak ! Alangkah indahnya kalau kita boleh makan tapi berat badan tak naik . Betul tak ? Sebenarnya boleh saja .


Kita kena tahu berapakah limit kalori badan kita perlukan setiap hari & berapakah kalori makanan yang kita ambil setiap hari . Limit kalori bergantung kepada jantina , berat badan , umur , dan juga gaya hidup seseorang .


Contoh :


Siti , 30 an , berat 65 kilogram , gaya hidup tidak aktif ( kurang senaman / pergerakan ) anggaran kalori diperlukan setiap hari lebih kurang dalam 1500 kcal .


Makanya kalau Siti nak mantain berat badan pada 65 KG , dia perlu makan 1500 kcal maksima ! Faham kan ?


Boleh check sini untuk tahu berapakah minima kalori badan kita : MASUKKAN LINK . Kalau kenal badan sendiri sangat mudah kita nak mantain tahap kesihatan tau !


  1. ELAK MINUM AIR MANIS 🙏🏻


Ya cliche bunyinya . Tapi air manis sebenarnya buat badan kita lebih haus , lebih ketagih manis ! Lama kelamaan , badan mudah jadi lesu , mudah naik berat badan .


Bukan itu sahaja , terlalu banyak gula dalam badan pun boleh buat muka jadi kusam dan mula breakout !


  1. BAWA BEKAL / BUAT MEAL PLANNING ! 🔥


Apa yang Pika perasan dan melalui pengalaman Pika sendiri jugak , bila kita dah buat proper planning untuk masak apa sepanjang minggu , tak akan ada isu terbabas — baik dari segi makan atau dari segi kewangan .


Bagi Pika , tips ni sangat membantu terutamanya untuk mereka yang berkerja di office , sambil nak sihat + sambil jaga kewangan supaya tak bocor hari hari order GRAB / FOODPANDA 😂


Mudah jaa , tulis siap siap menu untuk sepanjang minggu , beli bahan mentah berdasarkan menu yang dah dirancang . Simple kan ?


  1. MINUM AIR SECUKUPNYA


Nak tahu air kita ambil cukup ataupun tidak ? Setiap 25KG berat badan memerlukan 1L air setiap hari . Kalau berat anda 75KG maka anda perlukan 3L air sehari !


So check semula — dah cukup ke ambil air setiap hari ?


The best part bila kita ambil air cukup setiap hari , kita sebenarnya bantu badan untuk kurangkan juga rasa nak makan sepanjang masa . Cubalah gais !


  1. MULA DENGAN BRISK WALK !


Beginner style tak perlu pun exercise yang terlalu ekstreme . Cukup bermula dengan jalan kaki sahaja . Buat brisk walk yang mudah dan simple ! Seminggu boleh peruntukkan 4-5 kali , 30 mins setiap kali untuk aktiviti brisk walk .


Kebaikannya adalah untuk kesihatan jantung dan melatih stamina kita supaya lebih cergas setiap hari . Bukan itu sahaja tau , aktiviti kecergasan boleh merembeskan hormon gembira 😆


PENTINGNYA GAYA HIDUP SIHAT !


Bukan tak boleh tau untuk kita merasa makan sedap / makan dekat luar . Boleh sahaja . Kurangkan mungkin 1 minggu sekali atau 2 minggu sekali .


Yang lain lain follow saja 5 tips yang Pika share dari atas tu tadi . InshaaAllah slowly akan membantu korang untuk improve lifestyle korang menjadi lebih baik !


BONUS !


Ada yang tanya Pika , perlu ke untuk makan supplements ? Haaaa . Nak makan supplements @ makanan tambahan sebenarnya bergantung pada individu .


Ada individu yang memang mengamalkan diet yang seimbang . Cukup karbohidratnya , cukup protin , cukup sayur dan buah , cukup juga fibernya , cukup juga segala makro dan mikro nutrient nya .


Jadi boleh sahaja kalau tak ambil supplements .


Tapi kalau individu sedar yang dia tak makan balanced diet , kadang kadang ada terskip makan , ada hari makan mee segera sahaja , dan mula ada kesedaran untuk pengambilan nutrisi yang lebih baik , boleh ambil supplements untuk mengisi jurang nutrisi itu .


Pika rasa sekian sahaja dari entry Pika kali ini . Pika kongsi sebab Pika pun peduli ! Jom sama sama amalkan gaya hidup sihat supaya kita lebih gembira dan lebih bebas untuk beraktiviti dengan keluarga serta orang tersayang , tanpa ada kekangan masalah kesihatan .


Nak Vitamin Shaklee ,

Boleh hubungi Pika !


Pika sedia membantu 😊


#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleePuncakAlam

#ShakleeBandarTasikPuteri

#ShakleeAlamMegah

#ShakleePutraHeight

#ShakleeUSJ

#ShakleeBandarSunway

#ShakleeKotaKemuning

#ShakleeShahAlam

#SetKecantikanShaklee

#SetKurusShaklee

#SetHamilShaklee

#SetDetoxShaklee

#SetResdungShaklee

#SetRahmahShaklee

#SetPantangShaklee

#SetMenyusuShaklee

#SetJerawatShaklee

#VIVIXShaklee

#RESVShaklee

#ESPShaklee

#VitaminCShaklee

#CollagenPowderShaklee

 

Comments

Popular Posts