Rezeki Milik Allah

Assalamualaikum wbt. Saya nak share 2 potong ayat yang kita biasa dengar.

Memanglah rezeki tu milik Allah, tapi kita kena usaha.

Memanglah kita kena usaha, tapi rezeki tu kan milik Allah.

Agak agak apa perbezaan 2 ayat kat atas ni? Sebenarnya lebih kepada apa yang kita rasa dan kita percaya.

➡️ Ayat yang 1 :
Sepertinya menyatakan kalau nak rezeki kena kerjaaaaaa memanjang. Maksudnya usaha.

➡️ Ayat 2 :
Meletakkan bahawa Allah datang dulu, baru kemudiannya usaha.

Ramai orang rasa — rezeki datang asbab dia usaha semata mata. Dia kerjaaaaaa banyak, rezki pun banyak. Tapi sebenarnya tidak.

Dalam mencari rezeki, kita kena sentiasa ingat punca Rezeki adalah Allah. Jadi apa apa pun yang kita usahakan dan kerjakan, sentiasa berkiblatkan Allah terlebih dahulu.

Ada satu kisah mengenai seorang sahabat, beliau tengah siapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu bata.

Kemudian, masuk waktu solat. Waktu azan berkumandang tu, beliau tinggal nak letak satu bata sahaja lagi — kemudian dah selesai binaan dia.

Tapi bila dia dengar azan dilaungkan, immediately dia stop dan terus menuju ke tempat solat.

Ada orang tanya beliau — kenapa tak siapkan je? Tinggal seketul bata je nak siap. Sikit je lagi kot😅

Jawapan beliau — jika diteruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan bukannya Allah. Padanya, apabila azan dilaungkan — semuanya adalah kecil kecuali Allah.

Dahsyat kan? Kalau kita — mesti nak kena habiskan kerja baru kununnya tenang nak solat 😅 Tapi inilah pengajaran yang kita boleh ambil, dahulukan yang paling wajib tak kira apapun.

Tak peliklah kehidupan para sahabat ada rezeki melimpah ruah. Dipandang sangat mulia walaupun tanpa harta dan kuasa. 🥲

Kisah ni saya baca dalam buku menjemput rezeki, dan banyak lagi kisah2 hebat yang menyentuh hati berkait rapat dengan rezeki.

Apapun — dalam cari rezeki, kena sentiasa ingat Allah yang akan beri. Bukan manusia, bukan kucing, bukan raja bahkan menteri.

Bila Allah izin kita untuk dapat apa yang kita doakan, rezeki yg kita usahakan inshaaAllah takkan ada apa yang mampu menghalang. Yang penting 

Redha dan berkat dari Nya ❤️

Sekian sharing entry saya kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua yang datang menjenguk blog Pika kali ini.

Comments

Popular Posts